Pengarah Jelas Adegan Kontroversi Dalam Kingsman 2

Bagi yang menonton filem spy yang ditunggu-tunggu, Kingsman: The Golden Circle yang mana menjadi sekuel kepada filem pertamanya pada tahun 2014, pasti anda perasan bahawa ada adegan seks luar tabii yang terpaksa dilakukan oleh Eggs. Namun, anda mungkin tak dapat menonton babak tersebut secara detail kerana telah dizoom dan 'cut' oleh LPF.


Walaupun berjaya memenangi hati penonton wayang dengan kisah spy yang memparodikan James Bond, Kingsman terkenal dengan adegan lawak seks yang dikatakan agak keterlaluan. Di dalam filem Kingsman: The Secret Service, seorang puteri raja menawarkan seks anal kepada Eggsy jika dia berjaya menyelamatkan dunia.



Kini, dalam Kingsman: The Golden Circle, Eggsy terpaksa tidur dengan seorang penjahat dan memasukkan alat melalui lubang kelaminnya menggunakan jarinya. Babak tersebut menjadi babak kontroversi kerana dianggap keterlaluan untuk sebuah filem spy.

Pengarah filem tersebut, Matthew Vaughn mendedahkan bahawa adegan tersebut menjadi sebahagian daripada trademarknya. Eggsy pada awalnya merasakan bahawa dia tidak mampu untuk melakukan adegan itu namun Matthew Vaughn tetap menegaskan keperluan babak itu dalam filem berkenaan.

Dalam satu temubual, Tarpon Egerton menyatakan bahawa adegan dari filem pertama lebih mudah dilakukan daripada adegan kali ini. 

Matthew Vaughn menyatakan bahawa suami kepada Poppy Delevinge membantu untuk melaksanakan adegan itu. Apa yang anda lihat ialah jari suami pelakon berkenaan. 



Babak itu, yang mana tidak dapat dinikmati penonton Malaysia hanya boleh ditonton jika anda menunggu Blu Ray nanti. Apapun, Kingsman 2 bukanlah sebuah naskah yang baik dan ianya hanyalah sebuah naskah yang sekadar mencukupi sahaja. 

Anda sudah menonton Kingsman 2? Jangan lupa ke pawagam ya! 


Catat Ulasan

0 Ulasan