Abang Long Fadil 2 Benam Polis Evo

Kutipan terkini filem Abang Long Fadil 2 kini sudah mencecah RM17.8 juta. Kutipan itu sekaligus memecahkan rekod jualan tiket filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar yang diterbitkan pada tahun 2015.


Menurut Berita Harian, filem Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan dan akan terus mengumpul kutipan tiket sehingga ke penamatnya.

Filem yang mengisahkan watak Fadil yang terjebak dengan dunia mafia kali ini menampilkan lebih banyak aksi hebat dan juga adegan yang mencuit hati. 

Di samping kehebatan lakonan Wak Doyok dan juga pelakon lain seperti Achey dan Zizan sendiri, filem ini menarik kerana ceritanya yang lancar dan juga elemen misteri yang ditonjolkan.




Terdahulu, Polis Evo mengumpul kutipan sebanyak RM17.7 juta sehingga hari akhir tayangan. Polis Evo juga diterbitkan oleh penerbit yang sama, Astro Shaw.

Filem yang mula ditayangkan bermula 24 Ogos itu masih lagi boleh ditonton di lebih 70 pawagam seluruh Malaysia.

Astro Shaw tidak teragak-agak untuk membikin trilogi untuk filem ini dengan kerjasama Skop Productions.

Tahniah! 

Catat Ulasan

0 Ulasan