'Spin-off' Fast & Furious Bakal Ditayangkan 2019

Filem 'spin-off' tentang dua watak lakonan Dwayne Johnson dan Jason Statham dalam filem Fast & Furious bakal ditayangkan pada Julai 2017. Universal sudah membuat pengumuman rasmi untuk filem ini dimana filem ke sembilan saga Fast & Furious dianjakkan ke tahun 2020.

Dwayne Johnson mula berlakon dalam filem Fast & Furious bermula tahun 2011 melalui filem Fast Five. Dia memainkan peranan sebagai Agent Luke Hobbs, seorang ejen keselamatan diplomatik. Mulai dari saat itu, wataknya muncul dari filem ke filem sehinggalah filemterkini, The Fate of the Furious.


Karakter Jason Satham, Deckard Shaw mula diperkenalkan pada 'post-credit' filem Fast & Furious 6 dan menjadi watak antagonis dalam filem Furious 7 dan seterusnya menjadi watak anti-hero dalam Fate of the Furious.



Dua pelakon ini mempunyai gandingan yang sangat mantap dalam saga filem ini sekaligus membuatkan Universal Studio mahu membikin filem khas untuk mereka berdua. Menurut The Hollywood Reporter, penulis lakonlayar dan juga penerbit filem Fast & Furious, Chris Morgan bakal menulis skrip untuk filem spin-off ini. Buat masa ini, pengarah filem ini masih belum diumumkan.

Berikut ialah kenyataan rasmi dari Universal:
“Fast & Furious is one of Universal’s most beloved properties, and we handle every decision we make surrounding this franchise with great care. The global brand of Fast & Furious is strong and full of iconic characters, and we look forward to continuing to build on the film that started it all, as well as expanding into different narratives beginning with our first spinoff.”



Filem 'spin-off' ini bakal membawa konflik lebih luas antara dua karakter ini. Dengan perancangan rapi, filem ini boleh disiapkan pada tarikh yang dirancang supaya filem Fast & Furious 9 boleh ditayangkan pada 2020. 

Dilaporkan filem ini akan memulakan penggambarannya selepas Dwayne Johnson selesai berlakon dalam filem Disney bertajuk Jungle Cruise. Filem ini bakal ditayangkan pada bulan yang sama dengan Terminator 6 yang bakal diarahkan oleh Tim Miller.

Catat Ulasan

0 Ulasan