Trailer Kedua Tombiruo Papar Aksi Mengujakan

Astro Shaw telah memuat naik sebuah trailer baru untuk promosi filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang bakal ditayangkan pada 12 Oktober 2017 nanti. Trailer berdurasi 1 minit itu memaparkan adegan-adegan yang lebih menarik dan membuatkan penonton teruja untuk menyaksikan filem tersebut di pawagam kelak. 


Tombiruo: Penunggu Rimba dilakonkan oleh Farid Kamil, Zul Ariffin, Dato' M Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan juga beberapa pelakon berbakat yang lain. Ianya ialah adaptasi daripada novel pertama trilogi Tombiruo tulisan novelis thriller no 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. 


Filem ini diterbitkan dengan kerjasama empat syarikat produksi iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Penggambaran filem ini bermula pada 31 Julai 2016 dan kini, masanya sudah tiba untuk filem itu ditayangkan kepada umum.


Sesuatu yang menarik untuk diketahui ialah filem ini menampilkan dua orang pengarah iaitu Nasir Jani yang dikenali menerusi filem seperti Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87 dan Seth Larney yang pernah terlibat dalam filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, X Men Origins: Wolverine, dan lain-lain.

Kehadiran filem Tombiruo bakal merancakkan industri perfileman tanahair. Dengan kejayaan Abang Long Fadil 2 memecahkan rekod kutipan tertinggi yang selama ini dipegang oleh Polis Evo, adakah Tombiruo bakal memecut laju memintasi Abang Long Fadil 2?

Sesuatu yang menarik untuk ditunggu!

Catat Ulasan

0 Ulasan