Nampaknya 'abang besar' Fast & Furious sudah mula membuka mulut perihal isu filem Hobbs/Shaw yang bakal dibintangi oleh Dwayne Johnson dan Jason Statham.
Sebelum ini, Tyrese Gibson menyuarakan rasa tidak puas hatinya tentang pembikinan filem itu kerana ianya menyebabkan filem Fast & Furious 9 ditunda ke 2020. Kemudian, Dwayne Johnson menyuarakan pendapatnya tentang filem 'spin-off' tersebut.
Sekarang, giliran Vin Diesel pula yang memberi respon di Instagramnya.
Pelakon itu memilih untuk tidak melibatkan diri dalam pergaduhan mulut Gibson vs Johnson ini. Di dalam sebuah video yang dirakam dalam pesawat peribadinya yang dinaiki bersama aktor/rapper Ludacris yang dimuat naik di laman Facebooknya, dia menyatakan:
"Keep it all positive out there. We love everybody. We’re so proud of the Fast franchise and the fans."
Di Instagramnya pula, pelakon itu menyatakan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
Peminat kelihatan terus menyalahkan Dwayne Johnson yang dikatakan telah mencuri filem tersebut daripada pelakon asal. Namun, kelihatan seperti 'spin-off' ini boleh memberikan nafas baru kepada francais itu.
Tetapi, mahu tak mahu, kita terpaksa akur bahawa menunggu Fast & Furious 9 lebih mengujakan daripada menunggu filem 'spin-off' ini.
0 Ulasan